Bulan Kelahiran & Perwatakan

11:55:00 AM


Copy from blog kak filla

meh tgk btol ke idak sama..hehe..aku lahir 19 mac 1986(rabu pagi jam 8.00 pagi) (motip bgtau detail..haha) oppsss aku muda lagi ye baru 27thn...=)


MAC

1) berpesonaliti yg menarik dan menawan 
(haha..menarik ke..blh la kan sbb laki aku dah nikah nga aku kira aku nie menarik perhatian dia la kan..kihkih)

2)mudah didampingi
(sebenarnya susah..xdela susah sgt tp aku mcm ssh nk beramah mesra dgn org kecuali org tue yg start dulu..tp tgk mood jgk sebenarnye)

3)sgt pemalu dan pemendam rasa
(yg nie agak betol tp tidaklah tersgt pemalu..bab pemendam rasa tue 100% true..huhu)

4)sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
(hahahaha yg nie org yg patut nilai kte kan..aku diri aku tau la aku camna..tp bab mudah simpati tue betol..sensitif sgt haku nie...tgk citer sedih/baca novel pun blh nanges oke..drama sgt kan)

5)sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
(sgt btol la..mudah sgt nanges dan sentap..ckt² nk nanges,,over..huhu)

6)suka pada kedamaian
(150% betol..aku x suke bising²..tgk tv ke psg lagu ke mesti slow² je..pastu aku nie suke menyendiri..tp sejak ada anak nie xleh sgt dh nk menyendiri nie..sbb tue aku x suke klau iman bising²..haha)

7)sgt peka kepada orang lain
(x jgk..tgk keadaan..klau aku mse tue mood oke aku blh perasan la kan..klau aku pun jiwa kacau xde maknenye..haha)

8)sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
(owh sgt la tidak btol..haha..tp related la dgn keje aku skrg nie..as a Personal Assistant kan..cume maybe klau aku lebih berjaya kawal emosi maybe boleh kot..sbb skrg mmg keje aku kawal emosi je xnk bg naik darah sgt..haha)

8)tidak cepat marah dan sangat amanah
(huwaaaaaa...salah wei...aku nie sgt la baran..cepat naik angin..kekdg geram nga diri sndiri sbb x cool langsung oke klau dtg moody aku tue..amanah atau x hanya Allah yg tahu..haha)

9)tahu balas budi dan tahu kenang budi
(ehem..Alhamdulillah..masih cuba menjadi yg terbaik)

10)pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
(yeap, aku mmg suke perati je especially prangai org..kahkah..dr kecik kot aku perasan bende nie ada kat aku..)

11)kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
(ermmmm actually yes..tp aku kontrol la..xdela dendam smpai nk buat jahat ke org, plg x pun aku benci je org tue..huhu)

12)suka berangan-angan
(nak tahu betol ke x?sila la scroll entry aku bawah nie..baru 2,3 hari aku berangan..hihi)

13)suka melancong
(yes, sejak kecik dh dibiasakan..sbb parents aku salu bwk aku g jenjalan..dkat malaysia nie only sabah sarawak je aku pg lagi..klau la nk pg sana x pyh naik flight lama dah aku sampai kot..haha..ayah aku suke travel..ate keje driver kan..aku plak suke ngekor..haha)

14)sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
(oh suamiku, dirimu yg plg memahami kan..haha..bende kecik pun nak merajuk sentap bagai..plsssssss la kan..haha)

15)kelam kabut dalam memilih pasangan
(yg nie mmg salah 100%..sepanjang hidup aku 2 kali je aku pnah couple..hehe..aku sgt setia oke..klau clash tue mmg bkn salah aku..so,paham sendiri la nape aku ada sifat no 11 tue ye & pada siapa dendam aku tue..haha)

16)suka dgn hiasan rumahtangga
(aah, suke tp x suke kemas..tukang bg idea blh..hihi)

17)punya bakat seni dalam bidang muzik
(eh ada la..dulu mse zaman sekolah rendah aku nie ada group nyanyi oke..selalu wat persembahan time ada event kat sekolah..siap menari oke..jgn xtau ye..tp bakat tue terpendam & terkubur begitu saja sbb iols kan pemalu..bila dh remaja lagi la..pufffttttt)

18)kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
( mungkin la kot ada dalam diri aku tp aku x perasan sgt agaknye)

19) Jangan terlalu moody
(huwaaaaa, x blh la..asal sentap je moody..acane tue)




Next, iman plak..aku highlight pink je ape yg aku nampak ada kat gegirl aku nie..

OKTOBER


suka sembang
suka org yg sayang padanya

suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri

tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap

emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain

suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

oke, itu yg aku nampak setakat nie..melalui pemerhatian aku la sepanjang dia 3 tahun nie..


Next is abah dia plak..yg purple tue ye..


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor.
Cermat dan teliti.
Personality dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu.
Diusahakan sehingga berjaya.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Tak suka marah kecuali digugat.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir lain dari orang lain.*mmg, dia pk mmg lain sgt..x terjangkau aku..haha
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.
Badan yang "tough" (sasa).
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Berfikiran tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.*btol sgt,syukur sgt dpt laki lekat kt umah nie,Alhamdulillah)
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. *xdela rajin sgt tp blh la..
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.



Korang plak macammana?

"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

 XOXO
 ♥zaza♥

You Might Also Like

0 kata cinta

♥ TQ tinggalkan jejak anda, Love ♥