Plz, Don't Ask Anymore !!!

3:51:00 PM


Salam semua..nak share ayat yg aku jumpa kat satu forum dan sesuai dgn apa yang aku tgh fikirkan skrg nie..

"

Setiap pasangan yg dah berkahwin pasti akan ditanya..bila nak ada anak..bila dah dapat seorang..akan tanya lagi..bila nak ada anak kedua? dan seterusnya...

Tetapi ada tak orang tanya macam ni ...bila ada anak..sudah sediakah pikul tanggungjawab utk anak itu? untuk makluman, anak ini adalah pinjaman Allah untuk kita. amanah Allah. bukan hak kita. Allah cuma salurkan melalui benih seorang ayah dan rahim seorang ibu..

Bila anak itu dah lahir...maka lahirlah jugak sebuah tanggungjawab yang maha berat. perlu apa diajarkan pada anak itu ketika awal kelahiran...ketika umur 7 tahun..perlu di ajar apa pula...agar anak itu tidak sesat mencari 'jalan pulang'. 

Bila si anak dah meningkat dewasa, dia keluar dari "kelambu" jagaan kita dan buat perkara tak sepatutnya...dosa itu akan jatuh pada kita.. terutama anak perempuan...dosa yg dilakukan akan ditanggung oleh ibu dan ayah  sehinggalah dia berkahwin..."kitab" itu diturunkan pada suami.

Itu baru cerita seorang anak. bagaimana kalau ada dua, tiga, org anak? mampu bg kasih sayang yang adil? cuba fikir2 kan. jangan sampai memilih kasih dengan si anak. buruk padahnya. jadi untuk melahirkan umat Muhammad...janganlah difikirkan kuantiti..tetapi fikirkan kualiti. dengan izin Allah, kita boleh membentuk kualiti anak tersebut. "


 Perkara inilah yg sering berlegar di fikiran aku..mampukah aku? Sebab zaman sekarang bermacam gejala yg dah ada di dunia nie..aku sendiri pun belom tentu mampu nak melalui pelbagai cabaran tue so camana aku nak didik anak aku?

Pada yang rasa dia mampu aku tabiklah kat korang sbb aku akui mmg aku x mampu lagi buat masa sekarang..so , better aku uruskan Iman dulu then bila aku rasa Iman dah ready dan aku pun ready maka InsyaAllah dengan izin-NYA akan adalah orang baru dalam keluarga kami nanti..

Bukan apa, aku dah letih nak jawab soalan orang..ye, stiap org ada pandangan masing² dan aku tahu tahap aku setakat mana..buat masa sekarang aku hanya mampu Allah pinjamkan Iman buat aku & suami..yg selebihnya aku serahkan pada DIA kerana DIA LEBIH MENGETAHUI segala sesuatu..


As Long As We're Happy Together..Just 3 of us..


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior." 

XOXO
♥zaza♥

You Might Also Like

7 kata cinta

  1. setuju tapi dah terbagi adik kat Dani ..hehe..

    Nekad nk besarkan yg dua ni dulu..:)

    ReplyDelete
  2. rezki semua di tgn Allah..
    betul tu, hanya Dia tahu ape terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  3. AnaLyana-->> xpe..yg dah Allah bagi rezeki tue go on je ok..cme x tahan dgn mulut org je..huhu

    dakcik-->> yup..hanya dia yg tahu apa yg terbaik tuk kita..rezeki masing²..dah tertulis sejak kita dijadikan..

    ReplyDelete
  4. wuah mendalam maksud entry ni...huhu...semoga kita semua berjaya memikul tanggungjawab yg berat ini. dan memandu anak2 kita ke jalan Allah... Aminnn....

    ReplyDelete
  5. kak..mintak bb pin balik..tukar bb nieh..yg lame rosak

    ReplyDelete
  6. Ciare -->> yeke, huhu..peringatan utk diri sendiri dan juga pada semua..amin

    ReplyDelete
  7. adat ler tu kan yang. soklan gitu² mmg merimaskan. kalau yg dh kawen n lom ada anak...kompom akan tanya, bila nk dpt anak? bukan nak tahu yg soklan tu sgt sensitif bg pasangan tersebut.

    aku tak suka lah dgn org yg bertanya soklan gitu.

    aku nnti kan, kalau aku dh beranak n ada yg dok tanya soklan bila nk dpt anak kedua.

    aku akan jwp...nak akan sorg je. habis citer. HAHA. emo plak aku woi :P

    ReplyDelete

♥ TQ tinggalkan jejak anda, Love ♥