♥ AKU YANG CELARU JIWA HATI PULAK NTAH KEMANA

skrg nie mse yg berlalu aku x sedar langsung..
sebab hati & perasaan tgh berperang..perang ape biarlah aku je yg tanggung..
yg pasti mmg menjadi masalah besar dlm hidup aku..
menganggu gugat tanggungjawab aku sbgai seorg isteri tp tidak sbgai seorg mama..

biarlah aku ikut je aliran hidup nie..berserah sambil usaha..usaha ke?ntah la..
bak kata org diluah mati mak ditelan mati bapak..
InsyaAllah aku kuat tuk hadapi semua nie..kuat ker?ntah la...

dan aku jgk xleh update blog nie dgn baik sbb nanti kerana jiwa kacau aku nie tah ape² yg aku post...bahaya...InsyaAllah aku masih sedar dan waras..mohon korang doakan aku jauh dari sebarang anasir jin & makhluk halus nie..mohon hindar Ya Allah..



"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥zaza♥

♥# WORLDLESS WEDNESAY


She's my DARLING forever.............................



"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥zaza♥

♥ BABY AND DADDY MOMENT CONTEST





teruja nak join coz sumer member blog aku join..hehe..
TQ Mummy 'Aish coz tag aku ye..
penganjur contest nie D'La Maya ~ One Stop Center



Jom kte check it out pe syarat dia :

1)
MESTI follow blog D'La Maya
2) Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;)
3) buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4) pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5) tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6) jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.

Oke, sume done.
Moh tgk gambor yg aku pilih tuk contest nie..


Baby : Iman Ariana Binti Kamaruddin, Tarikh Lahir : 9 Oktober 2010
Umur : 6 Bulan Lebih

Daddy : Kamaruddin Mohamed
Iman & Abah gembira jenjalan ke Zoo Taiping..Love them very much..muahh..xoxo


Nak tag mereka ini, moh join ibu-ibu sekalian...

~ Azs, Ibu Aiman
~ Dayah, Ibu Hariz
~ Liza, Ibu Ika

Tarikh tutup : 30 April 2011 (Sabtu)
Chayok Chayok sumer...=)


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."


XOXO
♥zaza♥

♥ APSAL EK?

nape ye, 2,3 hari nie aku asyik moody jek..mudah nau sentap menyentap tambah² nga kesayangan aku tue..padahal bende nak sentap xdela besor pun..tp blh lak sampai majuk tahap gaban..ke aku yg tgh mengong nie..x suke la cmnie..aku bukan nak sentap sangat pun tp ntah la..hati aku nie meronta jek suh majuk bagai..

dah la hati, pikiran aku x bape tenang 2,3 hari nie..nak kate sal PMS xdenye aku salu mmg oke jek..klau x PMS pun aku nak ngamuk aku belasah jek..mmg xde kaitan langsung..dah la tue sekali sentap pikiran jauh giler pk..macam² yg aku nak buat..semuanya x masuk akal..

Ya Allah, tetapkanlan Iman dan Pendirianku agar ia sentiasa di landasan yang betul..Aku mohon hatiku diberi perlindungan dan KAU jauhkanlah hatiku dari memikirkan perkara yang aku sendiri tidak tahu menahu..KAU lindungilah aku dari bisikan syaitan dan gangguan jin makhluk halus sebagainya..Lindungilah kami sekeluarga dengan Rahmat-MU..KAU jua yang Maha Mengetahui YA ALLAH...Amin


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥zaza♥

♥ Apa Maksud Lagu Nie Ek???


Akulah Kekasih Mu



Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini inginmu kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik janji ia merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Semenjak ia mengetahui
Kekasihmu itu membuat kau bersedih

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi

Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat


P/S : aku nie blur ckt kenkadang..x dpt tangkap..ade sesape leh terangkan x..


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥zaza♥

♥ TO SOMEONE



"if u love me, let me go. if I comes back to u. I'm yours. if I didn't, I never was"




"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."
XOXO
♥zaza♥

♥ MALAS NAK UPDATE BLOG..


Sebab aku malas nak update blog, malas sesangat nie..nanti² la ek sal cuti tue..lau nk tgk gambar sile tgk kat FB ek..hehe

BYE


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥zaza♥

♥ WORDLESS WEDNESDAY


Sbb malas nak update sal cuti-cuti ke penang, so jadi la wordless wednesday..haha



"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."
XOXO
♥zaza♥

♥ Alhamdulillah

Gembira dgn kawan & sedara yg mendapat rezeki anak lagi di tahun 2011 nie..congrats to MARZIEY dan juge biras kakak aku..anak diorg nie same baya 7 bulan dan dah nak dapat adik..Alhamdulillah..rezeki Allah dalam pelbagai bentuk..moga diorg bertambah-tambah murah rezeki dgn pregnant kali nie..

Aku? x mampu & belom mampu..x mampu sbb aku takut aku alahan blk mcm dulu..sian Iman terbiar sbb laki aku kan keje shift..dulu nk jaga diri sendiri pun x brape nak mampu apatah lagi skrg dgn Iman yg baru tgh nk membesar & bermanja..blom mampu sbb aku x larat..penat..serius aku ngaku aku penat jaga anak..tp sayangkan anak, aku usaha jgk..sape yg tau keadaan aku akan paham kenapa aku xnak pregnant lg skrg nie..

ye, 5 taun lagi..smpai aku rase Iman dah ckup pandai jage diri dia sendiri..aku xnak Iman terabai..InsyaAllah bile dia dah sekolah dia akan belajar tuk paham dan aku pun sng nak terangkan pape kat dia..mungkin lame bg org lain tp bg aku itulah tempoh yg sesuai..mak aku pun pesan tggu Iman bsar dulu..at least 4,5 taun..dan mmg tue yg aku dan suami rancangkan..

aku pun blom kategori tua lg..bru 25(yeke x tua..hehe) ..so, okelah nga bajet aku tuk 3 anak..umo 35 last aku pregnant..before 40 aku dah stop..InsyaAllah sekiranya semua rancanganku diperkenankan ALLAH..aku hanya mampu merancang, DIA yg akan tentukan..

cukuplah aku bergembira dgn berita sahabat sekeliling..to MAR, tahniah sekali lg..InsyaAllah, 'Aish akan jadi kakak yg baik..Amin



"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."
XOXO
♥zaza♥

♥ DEAR MY LOVELY HUSBAND





I LOVE YOU SO VERY MUCH!!!

no matter what, nothing gonna change my love for you..
i dunno why but i want you to know this...

MY LOVE ONLY YOU!!! NO DOUBT


"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."
XOXO
♥ZaZa♥

♥ Yeay, Holiday Confirm Sudey..Hehe



Alhamdulillah, perancangan yg tiba²..
Dah lame rasenye x g holiday..Iman pun dah besar dah leh bwk g jenjalan..
Konon Honeymoon bersama anak la nie..hehe

Jumaat nie dah apply cuti..dah lulus pun..Hubby mmg dah cuti Jumaat tue..sbb tue lah time dia cuti kene plan tros..nanti biler dia dh bz nga keje dia jgn harap ler nk suh cuti klau xde emergency..aku paham benor laki aku tue..hehe

So, moh ler kite ke penang..carik tempat yg de adik beradik..xyah susah² abeskan duit tuk sewa hotel ke ape..hikhik..lgpun senang nak jalan sbb dah de org leh tunjuk tempat best..hihi..then, klau sempat mau nyinggah ke Sungai Petani..tgk ler camne nanti..

InsyaAllah OTW blk nanti kite singgah lew plak di Melaka..nie request from hubby coz dia x penah g Melaka..aku dah byk kali dah..hehe
Moga, perancangan nie dimakbulkan Allah..Moga semuanya sempurna dengan selamat..

Genting Highlands & Bukit Tinggi, nanti kami menyusul plak..bile, xtau lg..andai dimurahkan rezeki InsyaAllah..



"Husband to be respect, Wife to be protect, Children to be nurture, Life to be savior."

XOXO
♥ZaZa♥


♥ KEWAJIPAN LELAKI MELINDUNGI WANITA



Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:

"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:

"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."

Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:

"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)

Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.

Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:

"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Berikut saya sertakan pautan soal jawab agama bersama Dr Yusuf Al-Qardhawi berkenaan "Hak Isteri Ke Atas Suami'' dalam aspek kejiwaan yang memberikan impak besar kepada kebahagiaan dan ketenangan sesebuah rumahtangga: sila klik di sini.

- Artikel iluvislam.com





XOXO
♥ZaZa♥

♥ Penyediaan Puri Carrot Iman



Oke, skrg nk citer care aku wat puri carrot tuk Iman yg dah 6 bulan & boleh mkn..yeay..
sori, lupe nak snap pic potong carrot..ala korang pun tau cmner nk potongkan..hehe
meh aku story mory..lalalala
ibu Ika a.k.a Liza, skodeng care aku wat puri nie oke..

nie yg dah siap blend..
♥ before blend potong cam biase..
♥ then, rebus carrot nie smpai empuk dan masak..
♥ pastu biler dah masak, blend nga air rebusan tadi ckt..biar jgn pekat jgn cair..oke
♥ pastu blend sampai halus..then biarkan sejuk dulu..


♥ pastu, dah sejuk korang masukkan dalam bekas kecik² camnie..bekas nie aku beli dkat fabulousmom.com..sile carik klau mau ek..
♥ nie aku wat tuk smggu tros..kasi simpan dalam peti ais..
♥ bile nak kasik baby makan, just rendamkan tuk kasi dia suam² gitu..
♥ wat mse skrg aku kasik sekali sehari jek Iman mkn..tuk bg dia rasi nga makanan..
♥ then aku kasik 30ml jek..bekas nie leh taruk makanan sampai 2oz ye kengkawan..
♥ aku kasik kat nursery satu bekas sehari..
♥ bagi mkn time tghari..

nie semlm punye try..suke tgk..beria dia isap sudu tue..
abis la sukatan yg aku kasik..Alhamdulillah..

cer tgk gaya hisapan dia..lucu owh..hubby aku de ambik video..tp xleh tunjuk kat sini sbb giler besar fail dia..ater, smpai nk abes mkn dia ambik..haha


sgt excited biler tgk anak mkn..tp mmg di awal nie dia akan mkn ckt la coz bru nk try makan kan..kene sabar oke nak kasik anak makan..dan korg akan hepi biler dia mkn..haha..

lagi skali aku nk gtau..jgn sesekali kasik anak korang yg blom usia setahun makanan yg bergaram, gula, minyak n so on yg x elok tuk baby bawah setahun..setau aku, garam nie effect buah pinggang rasenye..klau nk tau lagi korang carik la info kat tenet nie..byk oke..



XOXO
♥ZaZa♥

Iman Start Makan Puri Carrot..

Alhamdulillah, permulaan yg baik..abes puri yg aku kasik Iman mkn..nampak dia nak mkn..aku dh sediakan tuk 5hari nursery..

Detail nanti aku story kan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

♥ Sudah 6 Bulan Gegirl Mama...

Alhamdulillah..hari nie 9/4/2011 genap la anak mama usia 6 bulan..
mama bersyukur sbb anak mama membesar dgn jayanya..
dan start skrg mama dh boleh bg anak mama mkn..

mama janji syg, mama akan bg adik mkn makanan yg berkhasiat..
even mama kene berpenat lelah nak sediakan makanan kamu mama akan buat jgk sbb mama xmo kasik kamu nestum or ape² makanan yg x sesuai utk kamu yg blom usia setahun lagi..walaupun nestum or bende tue semua sng tuk disediakan tp sgt la x elok tuk kamu dikkk..so, mama akan beri yg terbaik tuk kamu..



mama bersyukur sgt sbb kamu jarang sgt sakit dan mama mintak kamu dijauhkan dari semua tue..InsyaAllah..mama janji mama akan jaga kamu sebaik yg mama mampu..mama akan beri didikan sebaik mungkin pada kamu dik..


mama xkan sia-siakan anugerah yg Allah berikan pada mama iaitu kamu dikk..sepayah mana mama mengandung & melahirkan kamu, sebanyak itu jugalah mama akan berusaha menjaga kamu..byk dugaan mama utk mendapatkan kamu dik, dan x mungkin mama sia-siakan kamu begitu saja..mama xkan biarkan org lain menyakiti kamu dikk..never..



senyuman yg mama sentiasa rindukan..InsyaAllah dik biler kamu dewasa kelak kamu akan tahu mengapa sayang mama pada kamu melebihi nyawa mama sendiri..ye, mama bertarung nyawa melahirkan kamu..moga kamu menjadi anak yg sebaik-baik umat dik..



Dugaan duniawi maha hebat dik, mama sentiasa disisi kamu saat kamu perlukan mama..xkan sesaat pun mama menjauh dari kamu..kamu kesayangan mama..sayang yang selamanya..sayang yang tiada noktahnya..


andai nanti, semua meminggir dari kamu..yakinlah ada mama untuk kamu..xkan sesekali mama biarkan sesiapa jua membuat kamu menangis..marah mama marah sayang dik..teguran tegas mama untuk mendidik..mama pukul bukan untuk menyakiti tapi untuk menyedarkan kamu apa yg salah apa yg buruk..

Membesarlah wahai sayang sebagai muslimah yang menghormati diri kamu sendiri..menjadi insan yang solehah dan terbilang..Doa mama sentiasa mengiring kamu..

DIKAULAH SRIKANDI MAMA




XOXO
♥ZaZa♥

♥ MAAFKANKU WAHAI SUAMI ♥



Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!



XOXO
♥ZaZa♥

♥ Dengarlah Cerita Isterimu



Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.


info


XOXO
♥ZaZa♥

♥ TIADA MAAF BAGIMU




makanya, sebelom berbuat sesuatu fikirkan dulu kesannya
bagaimana perasaan orang,
apa yg akan berlaku,
dan siapa yg mungkin terluka...

bagi aku, perempuan mmg mudah memaafkan tp tidak melupakan..
jika terluka hatinya mungkin bisa sembuh tapi parut tetap adakan...
andai tangisnya mengalir pasti akan surut tp mata tetap saja merah@bengkak..

pesanku pada setiap lelaki@suami,
jgn sesekali diuji hati nurani si isteri..
kerana sekali dia terluka selamanya dia merasa..
biarpun ada kata maaf yg menusuk jiwa..
tapi tetap saja luka itu ada parutnya..

oppsss bermadah la pulak..
bukan ape ye, nie rentetan drpd isu hangat hot fm pagi td iaitu lalai..



XOXO
♥ZaZa♥

Biler Selsema Ini Yang Dicari

Mau cepat sembuh..harus makan ubat dgn segera & usaha agar x melarat..susah woo if melarat..sian Iman asyik kene marah sbb mama dia tensen nga selsema..hehe

Bkn ape, takut jangkit ke Iman..xmo la gitu so harus mkn ini ubat..moga esok sudah oke..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

♥ DEMAM SELSEMA LAGI


sgt x suke..bru je lepas demam selsema ritu now demam blk..hidungku dh merah² dah..pastu biasa la biler selsema kpale jadik berat & pening..

wanna rest lah..xmo g jumpe doc..nak telan ubat jek..

XOXO
♥ZaZa♥

♥ Jangan Suke Merendahkan Orang Lain


Terpanggil utk menulis entry berkenaan isu hangat di twitter semlm yg membuatkan kaum ibu meradang or naik angin..apatah lagi selepas membaca entry Mommy 'Aish
ini sekadar luahan hati & peringatan agar lenkali jaga bahasa dan tulisan anda..

Ye, isu anak sgt sensitif..apatah lagi bile dikaitkan dgn kebolehan seorg Ibu menyusukan anak sepenuhnya tanpa susu formula..Aku juga seorang ibu dan semestinya aku paham bagaimana perasaan seorang ibu yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab fully BF..sebenarnya setiap ibu nasibnye berbeza..ada ibu yang nak sgt BF anak smpai anak usia 2 tahun tapi takdir Allah menetapkan dia tidak mampu..siapa kita utk menghukum..
Ada juga yg susu byk tp terhalang dgn pelbagai masalah..itu uga takdir..kita hanya mampu merancang dan berusaha, DIA yang menentukan..

Aku salah seorg ibu yg nak BF anak selama yg aku boleh dan mampu tp apakan daya hanya 3 bulan Iman Ariana mampu merasa kelazatan susu ibu..fizikal yg agak kurus dan kurang selera makan adalah punca susu aku x banyak..bukan x berusaha tp masalah lain jugak turut menyukarkan..aku Redha asalkan anak yg aku kandung 9 bulan sihat walau dia hanya minum susu formula..kecerdikan & kesihatan seorg anak bukan bergantung pada susu ibu @ susu formula..jika ALLAH telah mentakdirkan seorg anak itu diuji dgn kesakitan siapa kita utk menghalang..ramai anak yg minum susu ibu sepenuhnya tapi tetap selalu jatuh sakit & ada anak yg minum susu formula tp sgt jarang sakit..

Tolonglah jgn memandang rendah pada golongan kaum ibu yg xmampu fully BF anak sehingga usia 2 tahun..siapa tahu dengan kebanggaan dan riak yang sedemikian, ALLAH akan menarik balik nikmat tersebut dari anda..Mohon prihatin pada perasaan orang lain..mungkin juga ALLAH turunkan musibah pada anak anda kerana kesombongan anda itu..tolonglah jangan merendahkan orang lain..Jangan terlalu riak & takbur dgn kelebihan anda yg satu itu sedangkan disebaliknya masih byk kelemahan anda..
Jangan suke mengata orang, esp kaum ibu kerana anda juga seorang ibu..dan yg belum menjadi ibu, tunggulah..INSYAALLAH suatu hari nanti anda juga akan jadi seorang ibu dan ketika itu baru anda faham perasaan seorang ibu..jgn persendakan ketidakmampuan org lain dgn perkataan anda itu..


Sekadar luahan


XOXO
♥ZaZa♥