::50 Hari Yang Masih Samar::

4:27:00 PM



Hati..entahlah apa yg kau kenangi saat ini...
Minda..entahlah apa yang kau fikirkan pada ketika ini..
Jiwa..pastikah kau pada petunjuk rasa yang kau telah maktubkan..

Sedang diri aku sendiri masih belum pasti..masih ragu-ragu..pada sebuah ikatan yg semakin menghampiri..duhai hati dan jiwa..tenanglah kau..jangan kau carik-carikkan rasa suka dan gembira ini..jangan kau cuba menaburkan prasangka yg kau reka..aku masih teguh berdiri..meskipun hati seringkali menguji..janji tetap janji..ikrar yg ku lafazkan akan tetap aku kotakan..biar seribu dugaan dan rintangan mendatang..aku rela menggadai nyawa..

Duhai nurani yg berbisik manja..sucikanlah hati dan jiwaku..jauhkan mereka dari syak wasangka dan propaganda pemusnah setia..aku tetap aku..aku tak akan berubah hanya kerana sedikit rasa kecewa..itu semua hanya ujian semata...

Duhai kekasihku sayang..apa jua ujian yg kau berikan utk menduga hati ini..aku pasti mampu menempuhinya dengan sepenuh jaya..sekiranya diammu utk menguji rasa sabarku..ya aku masih mampu biarpun digenangi sendu..dan andainya sepimu sekadar utk melihat ketabahanku..InsyaAllah abang aku mampu menjadi seorang perempuan yg tabah biarpun aku hampir tersungkur..Ya, aku tahu ini semua hanyalah suatu ujian darimu buat aku yg bakal menjadi tanggungjawabmu..utk melihat apakah aku mampu mengharung hari-hari yg bakal kita lalui bersama hingga akhir nyawa kita..

Duhai diriku sayang..tabahlah..sabarlah..aku yakin kau mampu tempuhi apa jua rintangan kerana aku dan kau juga tahu kasih dan sayang ini bukan sekadar setitis rasa tapi pengikat janji setia..

You Might Also Like

2 kata cinta

  1. jangan lah merasa gundah wahai puteri, hanya 50 malam saja lagi puteri tido seorang diri, lepas tu akan ada teman menemani lenamu. jadi jangan fikir yang bukan bukan sebab sesuatu yang indah menanti di depan sana.... semoga bahagia itu kekal selamanya

    ReplyDelete
  2. ::putera cendana::
    hoho mekaseh yek..terharu betul la..skrg 47mlm agi..wah giler sangap..haha still waiting 4 that beautiful day..

    ReplyDelete

♥ TQ tinggalkan jejak anda, Love ♥