Muh@s@b@h DiRi !!!

8:36:00 AM

Assalamualaikum..

Terkadang diri termenung sendiri..Apa mungkin diri sebaik yang diuji..Atau apa mungkin ada makna rahsia tersembunyi yang harus diteliti dan dikaji juga untuk direnungi..Bukan mencari publisiti tetapi dijadikan pedoman muhasabah diri..

Salam ukhwah buat semua yang sudi meluangkan masa menjengah membaca entry yang x seberapa ini.. Salam kemaafan jua buat sesiapa yang pernah merasa terluka atau kecewa dengan diriku insan yang x punya apa2 melainkan keluarga yang disayangi, tunang tercinta & juga teman ketawa bersama..

Tak siapa di dunia ini yang dilahirkan sempurna kecuali Nabi Muhammad S.A.W..begitu juga aku yang penuh dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan..Namun apa guna ditangisi kekurangan itu kerna lahirnya aku di dunia ini bukan sekadar untuk menangis meratap kedukaan tetapi mengecapi nikmat kebahagiaan hidup yang sementara cuma..

Ya, aku hanyalah insan biasa..lahir dalam sebuah keluarga yang sederhana, punya cerita duka dan tawa gembira..yang pahit itu kujadikan pengajaran dan pedoman hidup manakala yang manis itu sebagai kenangan terindah yang x mungkin aku lupakan..

Kalian tentunya tertanya-tanya, apa kaitan entry ini dengan tajuknya..buat seorang teman blog yang baru saja aku kenali namun x pernah bersua muka..ini nasihatku dari insan yang penuh kekurangan buatmu yang penuh kesempurnaan tapi masih jua melakukan kesalahan..

Kesalahan dan kesilapan diri itu lumrah hidup setiap insan.. Bukan kesilapan itu yang diukur tapi sejauh mana kita menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan..Usah lari dari kenyataan..Beranilah dalam menghadapi kesalahan diri..Kerana sejauh manapun kita berlari, parut dari kesilapan itu tetap setia mengekori..Ikhlas lah teman dalam bersahabat..jujurlah kawan dalam perhubungan..

Bukan sengaja aku mengungkit kembali kesilapan dirimu tetapi kesal yang kurasa kerana selama ini tanpa kuduga aku telah tertipu dalam sedar..Kerana bagi diriku insan yang penuh kekurangan ini, sahabat ertinya ikhlas, kawan maksudnya jujur dan teman itu adalah aku dan juga dirimu..sedih yang kurasa memang airmata temannya, kecewa yang kubendung hanya sabar ubatnya namun kemaafan masih jua kuberikan padamu kerana aku sedar kemaafan itu hak semua.. Bukan tarafku untuk menghakimi dirimu tetapi sekadar nasihat dari teman/sahabat/kawan yang menilai erti persahabatan ini sebagai sesuatu yang amat berharga dalam melayari kehidupan yang bahagia..Semoga kebahagiaan terus kekal bersamamu..Aku tetap temanmu selamanya..

Buat adik-adik dan teman-teman yang kukenali di siber ini, terima kasih kerana sudi mengikat tali persahabatan ini biarpun kalian belum mengenali diriku sepenuhnya..Akan kita terus menyemai ikatan ini dengan kenangan dan pengalaman yang x mungkin aku lupakan..kalian sebahagian dari gelak ketawaku juga airmata kesedihanku..kalian tempat aku mencurah rasa kala kecewa dengan dia yang tercinta kerana aku juga sedar dia sememangnya x sempurna seperti aku..Terima kasih buatmu rai kerana menemani saat sepiku dengan keletahmu yang menceriakan hidupku..Harapanku agar perhubungan ini terus kekal hingga ke hujung nyawaku..

Buat tunangku yang amat aku cinta, biarpun dikau x pernah mengetahui kewujudan blog ini, aku pasti dan yakin kau memahami diriku sepenuh hatimu..Terima kasih Abang kerana menerima diriku biarpun aku penuh dengan kekurangan yang mungkin akan menyusahkan hidupmu..Terima kasih kerana menyintai dan menyayangi diriku..Aku bahagia bersamamu..Ku tahu kau x sempurna dan ada saja sikapmu yang buat aku terluka namun kutahu kau cinta padaku..Biarpun dirimu x romantik dan tiada kata mesra yang kau luahkan namun dari perbuatanmu ku tahu kau amat menyayangi diriku..Saat sedihku x semua dirimu ada, saat aku gembira juga seringkali kau tiada di sisi namun itu semua x mahu kukisahkan kerana yang kutahu aku sayang padamu hingga akhir nafasku..

Dari aku yang punya kekurangan & kelemahan diri..








You Might Also Like

2 kata cinta

  1. sis.. sempat gak ye selit ucapan buat cik abang sayang?
    sentiasa ingat dia kan?
    sweetla you.. hehehe

    ReplyDelete
  2. 0sh!Nz .: @lwez ing@t di@..terl@lu cint@ di@..so much..his smile m@ke me flying..th@nx menjeng@ah de@r..

    ReplyDelete

♥ TQ tinggalkan jejak anda, Love ♥